ucapan subhanallah

Kalo suke bole like ye =)

SALAM UKHUWAH

Tuesday, 27 December 2011

Dalam doa terdapat bekalan.

  Dalam doa terdapat bekalan.


"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!" Al-Mukmin ayat 60.

Berikut adalah doa Nabi-Nabi Allah as.

1.Doa Nabi Adam AS
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

2.Doa Nabi Nuh AS
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47)

3.Doa Nabi Hud AS
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ”
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Surah Hud :56)

4.Doa nabi Ibrahim AS
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)

5.Doa Nabi Yusuf AS
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ”
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )

6.Doa Nabi Ayub AS
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ “
Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

7.Doa nabi Yunus AS
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “
Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim(Surah Al-Anbiya’:87).

8.Doa Nabi Musa AS
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

9.Doa nabi Sulaiman AS
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ “
Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )

10.Doa Nabi Zakaria AS
رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”. ( Surah Maryam : 4-6 )

11.Doa Nabi Isa AS
اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )

12.Doa Nabi Muhammad s.a.w
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
” Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.( Surah al-Baqarah : 286 )

p/s:"Berhati-hati tidak akan melepaskan kita daripada qadar Allah.
Dan doa itu berguna terhadap perkara yang telah turun atau belum turun.Sesungguhnya bala itu turun dan bertembung dengan doa dan akan bergeseran hingga hari kiamat".


<Mafhum hadith Sallahu 'alaihi wasallam>


*Kalo Suke bole Like =)

Friday, 16 December 2011

Jangan Mengeluh..




♥ Ketika kita mengluh : Ah....mana mungkin
♥ Allah menjawab : " Jika Aku menghendaki,cukup Ku berkata " Jadi ,maka jadilah"( Qs. Yasin : 82 )

♥ Ketika kita mengeluh : buat penat aku je
♥ Allah menjawab : " Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat "( Qs. An-Naba : 9 )

♥ Ketika kita mengeluh : Berat nye ,x sanggup rasanya
♥ Allah menjawab : " Aku tdk membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupan "( Qs. Al-Baqarah : 286 )

♥ Ketika kita mengeluh : uuhh... ini semua mcm sia-sia....
♥ Allah menjawab : " Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun,niscaya ia akan melihat balasanya"( Qs. Al-Zalzalah : 7 )

♥ Ketika kita mengeluh : Streeessss...nih,,panik..
♥ Allah menjawab : " Hanya dgn mengingatKu,hati akan menjadi tenang "( Qs. Ar-Ro'd : 28 )

♥ Ketika kita mengeluh :.aku sendirian x ada seorangpun yg nk tolong
♥ Allah menjawab : "Berdoalah (mintalah )KepadaKu,niscaya Aku kabulkan untukmu "( Qs. Al-Mukmin : 60 )

♥ Ketika kita mengeluh : aaDuuuuuhhhh... sedihnya
♥ Allah menjawab : La Tahzan, innallaha Ma 'ana
janganlah kamu berduka cita,Sesungguhnya Allah beserta kita ( Qs. Al-Taubah : 40 )

Kalo suke bole like =)

Thursday, 15 December 2011

Siapakah kita tanpa DIA!!


Allah lah tempat bergantung..segala-galanya,
moga kita selalu dalam rahmatNya..



ALLAH boleh mncampkkan kesdihan dlm diri insan tanpa mengira siapa insan itu.Kdg2 dia org besar,kdg2 dia org kecil,kdg2 dia rakyat jelata,kdg2 dia raja.Kdg2 kesedihan dtg dlm diri insan & dia tdk tahu mengapa dia bersedih.Apabila kesedihan dtg,manusia mula rungsing & mncari jalan bagaimana utk mnghilangkn kesedihan serta dukacita dlm kehidupan.Ramai org menemui & mncari ALLAH ketika dia bersedih.Tdk ramai org mncari ALLAH ketika dia gembira.Walau kita tdk disuruh mncari sedih tp sedih dpt membawa kita berjumpa ALLAH.Ramai org yg tdk pernah kemasjid tp pergi kemasjid krn ada peristiwa yg mndukacitaknnya.Ramai org sombong mnjadi tawadhuk kpd ALLAH krn peristiwa yg mndukacitaknnya.Sesombong mana pn sseorg ,jika terus mnimpa peristiwa2 yg mndukacitakn dia akn mnyebut : “ Ya ALLAH kesianlah padaku" 

Adakah ini realitinya, Kita sebagai Seorang yang mengucapkan 'lailaha illallah' mencari Allah ketika perlu saja..dimana sifat hamba kita..dimanakah tawaduk kita..Ya Allah kau tariklah kembali tangan kaki kami jika kami jatuh ke lembah yang x bersyukur akan nikmatmu..moga kita terselamat dari lembah itu..Allah2..

Kalo suka bole like =)

Monday, 12 December 2011

Dirinya Tiada Ganti




Sayang Mak Aku..Tiada Penganti diriNye..





Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.



Kalo suka bole like =)

Saturday, 10 December 2011

Positif itu adalah wasilah dari putus asa!!

                                 Pakse Diri Untuk Bace Buku!!!!!

Melihat buku Kuliah fasa satu tersusun di hadapan meja..btol2 membuatkn aku x senang duduk..kerana ape??  Imtihan semakin hampir!!  dan akan menemui semua perlajar Al-Azhar yang akan berlansung pada januari 2012 ini..ku belek 4 buah buku..dan hati ini berat melihat ‘Qodoya At-tauhid’ ...mengimbas semula ‘stdy group’ bersama teman2 syariahku..blaja bab demi bab..bermulanya bab  Ad-din...dan sekarang sampai ke bab ‘Mu’tazilah’..ku selak helai demi helai..terpacul mataku melihat ‘highlighter’..tanpa berfikir panjang ku ambil ia dan aku gariskn point2 penting yang telahku tanda sewaktu ‘stdy gruop ’tempoh hari..Herm,byk lagi rupenya aku x bace..Ya Allah Bantulah aku dlm menyelesaikan stdyku ini..




Setelah 1 jam kemudian,aku berhenti..teringat sewaktu usroh ta’akhi semalam..y m’gabungkan abg lama dan adik baru..huhu,rse da jadi abg lama la plak..cm terasa je cam adik baru..dalam usroh semalam menekan tentang persediaan saat akhir untuk menduduki  imtihan...byk input yang bole diambil..salah satunya aku kongsikan,’stdyla’ 50 m/s dalam masa sejam..kemudian berhentilah..buatlah perkara yang bole merehatkn minda supaya x boring ‘stdy’ jd ak pon berhenti selepas sejam ‘stdy’..rse cm sekejap je sejam ni,bila diambang imtihan ni terasa rindu pula pada mak..huhu,rmh aku kelihatan sunyi..rmi y keluar dan sorang lg tido..jd aku ambil kesempatan ini untuk call mak..huhu,

“tot ..tot..tott..Assalamualaikum Mak!! Ape kabo?? Hehe..”  “alhmdllh Mak sehat je..adik sehat..??” haha,mak aku mmg pangil aku adik pon dari dulu..maklumlah anak bongsu..”Mak da tido k??” “ baru nak tido dik,kul 10.30 mlm kt cni..” “ohh..yeke..sj je call mak..rindu..” huhu..baselah ayat da lama x call..mcm2 je aku ni..huhu “adik ade duit x?” “Herm..duit,..cmni mak..bole x mak bank in kn dalam RM200 je..coz x cukup duit la nk bayar yuran universiti..tp kalo mak xde duit xpelah..adik xkesah pon..coz lmbt2 pon xpe” ayat je..dlm hati mmg nk byr mggu ni..huhu..tibe2 “dik,mak bkn xde duit tp duit mak bln ni akak masuk kn rm  600 sumer abg da guna..coz kete dy ade mslh ngan bank..tula duit mak tu mak nk guna time2 adik kalo2 adik ade mntk duit cmni..” nada berubah “yeke mak..xpe  ja mak” boleh plak aku mntk duit time2 cmni lak aduh!! Salah time da..”xpe je mak orang x kesah pon lambat2 bayar yuran universiti tu,coz lame lgi..padahal yuran tu kene byr cepat coz nk amik imtihan(pekse)..huhu..sedihnye aku dga mak aku xde duit..pastu aku bole pula mintak duit..x patut2..mak orang mntk maaf ye..kalo orang slalu buat mak sedih..Ya Allah kau lindungilah ibuku dari segala bencana dan kecelakaan ketika dy keseorangan..aku btol2 rase bersalah..herm, “okla mak ade mase lg adik call mak lg ye..mak x yah pk la pasal duit tu..org lambt2 byr  pon xpe..mak ade duit x?” “ade je dik..cume xle bg jumlah yang adik mintak je lah..” “xpe mak..ok mak org nk solat maghrib ni..sayang mak..assalamualaikum” “waalaikum salam”              


Ya Allah tetibe je rse sebak aku ni menjengah di hatiku ni..adakah aku anak derhaka ya Allah..Ya Allah mohon kekukuatanMu  Ya Allah..NusrohMu yang aku mohonkan yang kini aku berada jauh dari family merentasi dua benua ni..moga ujian Allah yang menyapa ini adalah tanda sayang dan peringatan kpdku..untuk lebih berjimat..buka Facebook kt group fakulti Syariah Islamiah..coz ade notification..Mak oi!! Punye teperanjat wei..Jadual Imtihan da kuar kot..huhu,rse nk tercabut jantung aku ni..huhu, Ya Allah mohon kesempatan yang ade ini agar aku dapat menghabiskan stdyku ya Allah..

                                Imtihan..oh imtihan....

[JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN DUA]
Bermula 9 Januari 2012

9/1
Isnin: Qodoya

12/1
Khamis: Lughah

16/1
Isnin: Tafsir

19/1
Khamis: Tauhid

Ya Allah Mohon BantuanMu ya Allah Sesungguhnye aku dalam trek yang nak abiskan kitab..huhu,da la darah x amik lagi..nk amik korang tau x kt mane???? Ha,kt Tahrir tu ha..tempat yang huru hara dulu..yang orang buat demo tuh..oh,yuran lg x bayar..herm,termenung jap terduduk kt kursi..mcm ne nk settlekn prob ni ea..xpela mungkin akan ade jalan keluar..biasiswa masuk lmbt lg lak tuh..bln 1 nnt..herm..btol2 teruji..(cheh,teruji la sgt..) ayat aku..bialah..bek aku tumpu stdy aku dlu..mlm ni ade Dauroh Ammah kt umh selangor..nk g la..bwk kitab skali yang x bace nih..huhu,kene sentiasa pk positif skg ni..xleh da nk sedih..xde mase, yang plg doruri skali aku kene kuat skg..Insyaallah Pertolongan Allah tu akan dtg..okla,sampai sni dlu..lepas gak sedih aku ni..hehe,sory la pada yang bace kalo korang rse aku x patut tulis..itu ikut suke korang la..ni ruangan aku,aku sje nk kongsikn dengan pada sape2  sje y sudi..syukran ala kullihal..salam mahabbah...=)

Kalo suke bole like =)

Lihatlah!! Ciptaan Allah Jika Kamu Futur ataupon Kecewa.



Mengapa Harus Sedih..Allah kan Ada..






Wahai saudaraku, hidup di dunia hanya sebentar,
Allah yang menciptakan kita memilih kita menjadi
manusia,
bukan menjadi haiwan atau tumbuh tumbuhan
Diantara jutaan manusia, kita ditakdirkan
menjadi orang Islam
Betapa banyaknya manusia yang tidak mengenal
Islam
Diantara begitu banyak orang islam banyak yang
tidak mengenal sujud dan tausiah, Allhamdullilah
Kening ini sering diberi kesempatan untuk
bersujud, Allhamdullilah
Otak kita dibuat cerdas tidak menjadi orang yang
hilang ingatan
Allah memberi mata kepada kita sehingga kita
boleh
melihat indahnya alam
Kita diberi telinga yang dapat mendengar dengan
jelas mendengar suara azan, mendengar suara
bayi
yang menangis & dapat menerima ilmu,
Allhamdullilah
Padahal mudah bagi Allah untuk mengambil telinga
ini dan mudah bagi Allah untuk menghendaki
dunia ini
menjadi sepi seketika
Allah memberikan kita lidah yang boleh bersuara
walaupun Allah tahu betapa banyak dusta yang
kita ucapkan,
betapa banyalk fitnah yang kita sebar dari mulut
kita
Allah maha tahu perasaan yang tercabik akibat lisan
kita
Tapi Allah masih memberikan kesempatan untuk
menyebut namanya
Dijadikan supaya boleh istigfar padahal mudah bagi
Allah untuk menjadikan
mulut ini tidak bersuara..



Kalo suke bole like =)

Thursday, 8 December 2011

Balasan Mengikut Perbuatan


1. Kita sering mendengar orang Melayu berkata: buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. Ada sedikit persamaan dengan pepatah Arab yang menyebut: kama tadinu tudan(sebagaimana kamu buat baik maka kamu akan mendapat balasan baik), juga pepatah lain yang menyatakan: al-jazaa’ min jinsi al-‘amal (balasan adalah daripada amalan yang sama). Sesiapa sahaja boleh mengambil pengajaran pepatah ini kerana ia bersifat umum, sama ada lelaki atau wanita, kawan dan lawan, atau pemimpin dan rakyat.




2. Jika kita perhatikan, pepatah ini tidak bercanggah dengan sunnatullah. Seseorang yang menolong orang lain bakal mendapat kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Sebaliknya seseorang yang melakukan kejahatan pula bakal mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat. Kejadian-kejadian yang berlaku di hadapan mata kita sebelum ini telah mengesahkan pepatah ini. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa setiap pepatah yang wujud adalah hasil kejadian yang berlaku berulang kali. Perbezaan ini timbul hanya untuk mengetahui manakah yang asal dan lebih dahulu wujud, pepatah atau kejadian?

3. Apa yang penting bagi kita adalah perbuatan baik yang disuruh oleh agama untuk kita lakukannya, dan mengelakkan perbuatan jahat yang diistilahkan oleh agama sebagai maksiat, sama ada mendapat balasannya di dunia atau tidak. Kerana pahala dan dosa serta balasan pada hari akhirat adalah pasti. Jangan pula sampai pepatah ini menjadi rukun agama sebagaimana hukum karma dalam agama Hindu atau teori kelahiran semuladalam agama Buddha. Akal mereka sesat kerana tidak dibimbing wahyu.

4. Walau bagaimanapun, pepatah ini masih bertepatan dengan roh syara’. Terdapat beberapa ayat al-Qur’an dan al-Hadith nabi SAW yang mempunyai kaitan yang rapat dengannya. Kerana tidak bercanggah dengan sunnatullah, dan boleh menjadi satu kaedah umum untuk lebih mudah memahami perundangan Islam. Allah SWT membalas perbuatan orang-orang munafik dengan sesuatu yang sama yang telah mereka lakukan, firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 14-15 bermaksud:
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman). Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka.

5. Mereka telah memperolok-olok lalu dibalas dengan perkara yang sama. Dalam konteks yang lain Allah Azza wa Jalla berfirman dalam surah al-Taubah ayat 79 bermaksud:
Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian daripada orang-orang Yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

6. Orang munafik ini tidak senang dengan amalan baik, umat Islam yang bersedekah dengan banyak diejek oleh mereka, sebagaimana umat Islam yang bersedekah dengan sedikit juga tetap diejek oleh mereka. Sedikit atau banyak sedekah kita bukan persoalan utama, yang penting adalah keikhlasan. Namun orang munafik yang tidak mengerti dengan prinsip ini lalu mengejek sedekah umat Islam, Allah SWT mengejek mereka sebagai balasan yang sama di samping azab seksaan. Imam Ibn Kathir (774H) ketika membincangkan ayat ini berkata:
Firman Allah: Allah akan membalas ejekan-ejekan mereka, adalah sebagai balasan balik yang sama terhadap buruknya perbuatan mereka dan mempersendakan orang-orang mukmin, kerana suatu balasan adalah mengikut jenis perbuatannya. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)

7. Kita juga dapati dasar yang sama ini dalam undang-undang jenayah Islam, antaranya ialah hukum potong tangan bagi seorang pencuri yang cukup syarat-syaratnya sebagaimana yang Allah SWT tetapkan hukumannya dalam surah al-Maidah ayat 38 menerusi firmanNya:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah maha berkuasa, lagi maha bijaksana.

8. Ibn Kathir (774H) menegaskan:
Iaitu sebagai balasan terhadap perbuatan buruk kerana mengambil harta manusia dengan kedua-dua tangannya, maka sesuai dipotong tangan yang membantunya itu, dan balasan adalah mengikut jenis perbuatannya. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)

9. Malah jika seseorang melakukan sesuatu yang menyusahkan orang lain yang bukan daripada kesalahan jenayah, Allah Azza wa Jalla maha berkuasa untuk membalas perbuatan tersebut dengan menyusahkan urusan hidup kita. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang melakukan suatu mudharat kepada orang lain maka Allah akan memudharatkan dengannya, dan barangsiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan ke atasnya. (Riwayat Tirmizi)

10. Bagi orang yang beriman yang melakukan kebaikan pula, Allah Azza wa Jalla menyediakan pahala dan ganjaran baik sebagai balasan terhadap kebajikan yang mereka kerjakan. Inilah janji Allah SWT kepada orang yang beriman, firmanNya dalam surah al-Rahman ayat 60 bermaksud:
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?

11. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan merupakan dasar yang mudah untuk kita fahami. Jika kita terus meneliti ayat-ayat yang lain pasti kita akan dapati dasar yang sama ini. Balasan yang baik dari segi pahala dan ganjaran baik daripada Allah SWT adalah sama dengan kebaikan yang kita kerjakan. Antaranya jika kita tunaikan janji, maka Allah SWT akan tunaikan janjiNya (al-Baqarah ayat 40), jika kita mengingati Allah SWT maka Allah SWT akan mengingati kita (al-Baqarah ayat 152) dan jika kita membantu agama Allah Azza wa Jalla maka Allah Azza wa Jalla akan membantu kita (Muhammad ayat 7). Sebab itu Ibn al-Qaiyim (752H) menyatakan:
Ini kerana suatu balasan itu adalah mengikut jenis perbuatannya, maka sebagaimana mereka melakukan kebajikan dengan amalan-amalan mereka, maka Allah berbuat baik terhadap mereka dengan rahmatNya. (Ibn al-Qaiyim, Bada’ie al-Fawa’id)

12. Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA bahawa nabi SAW bersabda:
Barangsiapa melepaskan suatu kesusahan daripada seseorang muslim maka Allah melepaskannya dengannya daripada kesukaran hari kiamat, dan barangsiapa menutup (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup (aibnya) pada hari kiamat. (Riwayat al-Bukhari)    

13. Demikianlah prinsip balasan kebaikan atau keburukan. Di antara hakikat kehidupan dan sunnatullah yang mempunyai kaitan yang sangat rapat. Semuanya menunjukkan keadilan dan rahmat Allah Azza wa Jalla terhadap hamba-hambaNya. Adilnya Allah SWT memasukkan syurga mereka yang diredhainya dengan amalan kebajikan yang ikhlas. Adil juga Allah SWT memasukkan neraka mereka yang melakukan kezaliman dan tidak mendapat keampunannNya. Ini juga adalah berita gembira bagi mereka yang dizalimi di atas muka bumi ini untuk mendapat pengadilan yang sebenarnya di akhirat kelak. Ramai yang tertindas tidak mendapat haknya, mungkin di dunia akan menderita tetapi bakal berbahagia di akhirat nanti dengan kebahagiaan yang kekal. Bagi penzalim yang menindas orang lain mungkin bergembira di dunia ini tetapi sebentar cuma, kerana bakal menderita dengan penderitaan yang kekal di akhirat kelak.

14. Oleh itu, bagi pemerintah dan pemimpin buatlah kebaikan agar bakal mendapat balasan kebaikan daripada rakyat. Kita sebagai anak-anak pula buatlah kebaikan dan hormatilah kedua orang tua kita, agar anak-anak-anak kita kelak melakukan kebaikan kepada kita. Anak-anak murid perlu menghormati guru dan pensyarah agar kelak kita mendapat penghormatan daripada anak-anak murid kita. Berkawan juga perlu baik dan betul mu’amalahnya, agar kawan tidak mengkhianati kita kelak.

15. Kesimpulannya, buatlah kebaikan kerana balasannya adalah kebaikan. Jika tidak mampu lakukan kebaikan maka jangan sesekali melakukan kejahatan kerana ia lebih menyakitkan. Namun yang lebih penting adalah lakukanlah kebaikan tanpa mengharap sebarang balasan, kerana balasan kebaikan bukan daripada urusan kita.


kalo suke bole like =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...